Menerusi kempen ini Pusat Libatsama Masyarakat & Jaringan Industri (PLiMJI) berganding bahu dengan komuniti setempat dan NGO Sukarelawan bagi menawarkan sumbangan berbentuk pakaian dan barangan terpakai.
Justeru kerjasama daripada semua staf / Pelajar USIM diperlukan untuk merealisasikan Projek #Darihati ini kerana pakaian/barangan yang telah dikumpulkan akan disumbangkan kepada Rumah Anak-Anak Yatim/ Ibu-ibu Tunggal/Komuniti sekitar USIM yang kurang berkemampuan.
Kempen ini adalah salah satu inisiatif Pusat Libatsama Masyarakat & Jaringan Industri (PLiMJI) dalam membantu golongan yang memerlukan.
JENIS PAKAIAN/BARANGAN TERPAKAI | KAEDAH PELAKSANAAN |
---|---|
|
Kesemua jenis pakaian/barangan yang masih elok dan bersih yang ingin disumbangkan hendaklah dibungkus atau disusun dengan kemas di dalam beg plastik atau kotak dan dilabelkan mengikut jenis. |