Community Engagement Form

Objektif Pusat Libatsama Masyarakat & Jaringan Industri (PLiMJI) adalah untuk menjalankan dan menyelaraskan aktiviti libatsama masyarakat secara berterusan melalui aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR), kemanusiaan, kelestarian alam sekitar dan perniagaan sosial yang berpusat serta berstruktur. Libatsama Masyarakat adalah merupakan salah satu fungsi utama di PLiMJI.


Di bawah fungsi ini Pusat Libatsama Masyarakat & Jaringan Industri (PLiMJI) bertanggungjawab:

  • Menguruskan Memorandum Persefahaman dan Memorandum Perjanjian

  • Menguruskan aktiviti yang melibatkan masyarakat/komuniti seperti aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR), kemanusiaan dan “social enterprise” yang berpusat dan berstruktur

  • Menguruskan Tabung libatsama masyarakat di universiti

  • Menguruskan Permohonan Pas Pelawat Komuniti


Selaras dengan fungsi menguruskan aktiviti yang melibatkan masyarakat/komuniti, Pusat Libatsama Masyarakat & Jaringan Industri (PLiMJI) telah melancarkan Projek #Darihati USIM. Menerusi projek #DarihatiUSIM ini Pusat Libatsama Masyarakat & Jaringan Industri (PLiMJI) , USIM berusaha melaksanakan aktiviti kemasyarakatan bagi menawarkan sumbangan berbentuk pakaian dan barangan terpakai dan barangan keperluan harian untuk diagihkan kepada penduduk taman di sekitar USIM yang memerlukan dan golongan kurang mampu membeli.

Ini adalah salah satu inisiatif USIM dalam menyantuni masyarakat dan merapatkan hubungan dengan pihak komuniti sekitar USIM khususnya.Sesungguhnya USIM amat bertuah kerana berpeluang untuk memeterai jalinan kerjasama, membantu dari segi pertukaran/perkongsian kepakaran dengan pihak komuniti setempat di sekitar USIM demi kepentingan bersama

Diharapkam semoga jalinan kerjasama antara USIM dan Komuniti Penduduk Setempat pada hari ini akan berkekalan dan mampu memberikan impak yang positif dalam program penglibatan masyarakat, perkembangan ilmu, pembangunan modal insan serta perkongsian kepakaran demi pembangunan ummah dan masyarakat.

Yang bermaksud : Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.

Tafsirannya: Wahai orang-orang Mukmin, tidak akan memperoleh kebajikan dan kebaikan sempurna dan diredhai seperti yang kalian harapkan, kecuali apabila kalian mengeluarkan sebahagian barang kecintaan kalian untuk berbagai jalan Allah. Apa pun yang kalian keluarkan itu, sedikit atau banyak, berupa material atau lainnya, pasti diketahui Allah. Sebab, Allah Maha Mengetahui, dan tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi bagi-Nya, baik di langit maupun di bumi.