VISI
“Menjadi Peneraju dalam Menghubungkan Universiti bersama Industri dan komuniti melalui Kerjasama Strategik, Pemindahan Ilmu, serta Inovasi Mampan.”
MISI
-
Membuka ruang dan peluang kerjasama antara universiti dan industri bagi memperkukuh pemindahan ilmu, perundingan, penyelidikan, dan pembangunan modal insan.
-
Memperkukuh hubungan strategik (“connecting the dots”) dalam menjalin hubungan antara universiti dan industri melalui kolaborasi yang mampan.
-
Memperkasa program pemindahan ilmu (knowledge transfer) kepada masyarakat melalui inisiatif libatsama yang memberikan impak lestari.
-
Memudah cara ekosistem kolaboratif antara universiti, industri, dan komuniti untuk meningkatkan kesejahteraan sosial dan pertumbuhan ekonomi.
-
Membina ekosistem kolaboratif yang menyokong pertumbuhan ekonomi, sosial, dan inovasi.
OBJEKTIF
-
Mewujudkan platform strategik bagi universiti dan industri untuk meneroka peluang kerjasama dalam perundingan, penyelidikan, latihan industri, pemindahan ilmu dan perkhidmatan prasarana.
-
Menghubungkan universiti dengan komuniti melalui program libatsama yang menyalurkan kepakaran warga universiti bagi manfaat sosial.
-
Memperkasakan program Knowledge Transfer dengan menyalurkan ilmu, kemahiran, dan inovasi kepada masyarakat dan industri.
-
Memudah cara jalinan kolaborasi melalui Memorandum Persefahaman (MoU), projek perundingan, penyelidikan bersama, program bersama komuniti, dan pembangunan kemahiran profesional.
-
Membina hubungan mampan antara akademia, industri, dan komuniti bagi menyokong agenda pembangunan negara.
OBJEKTIF KUALITI
-
Memastikan sekurang-kurangnya 50 jumlah kolaborasi strategik dengan pihak industri dan komuniti dalam tahun semasa melalui MoU/MoA, projek perundingan/ penyelidikan bersama, atau inisiatif program bersama komuniti.
-
Meningkatkan kadar penyertaan industri dan komuniti dalam program libatsama universiti sekurang-kurangnya 30% dalam tahun semasa.
-
Memastikan semua program pemindahan ilmu (Knowledge Transfer Program – KTP) mencapai impak yang boleh diukur berdasarkan penilaian keberkesanan dan maklum balas peserta.
-
Menjalinkan hubungan berterusan dengan sekurang-kurangnya 20 organisasi industri dan komuniti bagi memastikan kesinambungan kolaborasi yang mampan.
-
Menyediakan perkhidmatan perundingan dan latihan berkualiti kepada industri dan komuniti dengan kadar kepuasan peserta sekurang-kurangnya 80%.
-
Memastikan sekurang-kurangnya 85% pelajar USIM mendapat manfaat daripada jaringan industri melalui latihan industri,
-
Menjalankan pemantauan dan penambahbaikan berterusan terhadap semua aktiviti dan inisiatif bagi memastikan pencapaian objektif kualiti jabatan secara konsisten.