PROGRAM RAMAH MESRA WARGA EMAS
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1446H/ 2025M anjuran Pertubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas Aktif Nilai, Negeri Sembilan (PAWE) dengan kerjasama Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri (PLiMJI USIM), Pusat Sukan USIM dan Pertubuhan Taichi Nilai, Negeri Sembilan.
Majlis ini telah berlangsung secara meriah dengan kehadiran Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani bersama Prof. Dato’ Dr. Nik Salida Suhaila Timbalan Naib Canselor (A&A) dan warga USIM serta ahli persatuan PAWE. Suasana penuh keakraban dan silaturrahim telah memeriahkan pertemuan antara warga emas dan warga USIM.
Tarikh: 23 April 2025 (Rabu)
Tempat: Kompleks Sukan Tunku Najihah USIM